Komik bahan bacaan utama di Jepun

Masyarakat Jepun terkenal dengan adab dan akhlak yang berdisiplin. Sehingga ada yang sering membandingkan bahawasanya ‘Orang Jepun lebih islam dari muslim itu sendiri.” Irony bukan? Nabi kita, Nabi Muhammad SAW sendiri diutuskan untuk membetulkan akhlak. Akhlak adalah perkara aula dalam Islam.

Namun, bukan itu yang ingin saya bincangkan, sebaliknya

TAHUKAH ANDA, KOMIK ADALAH BAHAN BACAAN UTAMA MASYARAKAT JEPUN?

 

21838813874_104d37f3ca_bFakta : Jepun yang merupakan pengeksport terbesar komik, hampir 25%(major) dari industri penerbitan di negara maju itu adalah terdiri dari komik.

 

Mengapa komik di jepun(manga) begitu popular.

1. Membawa budaya mereka kepada dunia.

Merupakan satu ‘gateaway’ kepada pengenalan budaya Jepun pada dunia yang secara tidak langsung menarik orang luar untuk datang melancong ke Jepun-yang membantu secara ekonomi dan sosial(komik menjadikan Jepun sebagai pengeksport budaya terbesar dunia ketika itu.

 2. Terdiri dari pelbagai genre, untuk pelbagai peringkat umur dan boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai runcit atau secara online. Pemudah kata, komik di Jepun adalah untuk semua orang.

Peminatnya yang terdiri bukan sahaja dari kalangan kanak-kanak, golongan muda bahkan golongan tua membuatkan komik turut digunakan dalam subjek-subjek rumit seperti sejarah, isu sosial dan sains. Adalah normal masyarakat Jepun dilihat membaca komik. Tiada istilah atau mindset ‘komik untuk kanak-kanak’

3. Visual yang menarik dan terperinci.

Fakta: 99% manusia akan tertarik pada visual berbanding penulisan tanpa mengira umur mahupun jantina. Dan mereka mengguna pakai fakta ini dengan bijak dan jayanya, menjadikan budaya membaca bukanlah satu perkara bosan yang perlunya pada paksaan.

 

KOMIK, konsepnya sebagaimana FILEM mampu memberi impak kepada pembaca melalui penceritaan, sekaligus membolehkan pembaca menghayati suatu ideologi dengan lebih mendalam. Mendidik melalui cerita. Berbanding pendidikan melalui pembacaan penulisan yang biasanya membuatkan pelakunya cepat bosan.

Tapi bukanlah bermaksud komik menolak kepentingan buku, sedangkan cerita yang baik dan terperinci itu datangnya dari kajian-kajian dan bacaan buku. Cuma komik digunakan sebagai pemudah cara bagi mereka yang tak sukakan bacaan berbentuk penulisan.

Mendidik masyarakat dengan komik.

 

Sumber : TheJapanTimes