Slam Dunk, komik yang berjaya mencetuskan fenomena dalam dunia nyata

 

Slam Dunk sebuah karya komik sukan diterbitkan sebanyak 31 judul dalam majalah Jepun ‘Weekly Shonen Jump’ pada awal tahun 1990. Menceritakan tentang seorang pemuda yang menyertai pasukan bola keranjang sekolah semata-mata kerana inginkan perhatian seorang gadis. Namun lama-kelamaan dia mula menyedari bakat semulajadinya dalam bidang sukan tersebut.

Slam Dunk telah terjual hampir 120 salinan, dilesenkan ke 17 buah negara dan diadaptasi sebagai sebuah rancangan bersiri di televisyen(anime). Versi Inggeris turut berjaya dilesenkan ke Amerika Utara ketika tahun 2002.

 

slam-dunk

 

“If you give up, the game is already over.” Kata-kata yang diambil dari salah satu babak dari komik Slam Dunk menjadi popular dalam kalangan pelatih sukan untuk memberi semangat kepada anak buah!

Hasil pengaruh manga ini, sukan bola keranjang secara tiba-tiba menjadi popular dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Juga menjadi penyebab mereka menonton rancangan NBA. Dikatakan perincian langkah demi langkah cara bermain bola keranjang yang dilakar oleh Inoue pada watak utama turut memberi pengaruh besar kepada pembaca.

Pada tahun 2007, penerbit Slam Dunk telah memperkenalkan biasiswa bagi pemain bola keranjang untuk menyambung pengajian mereka ke Amerika Syarikat. Dan pada tahun 2010, Inoue Takehiko-pelukis Slam Dunk mendapat penghargaan dari Japanese Basketball Association atas sumbangannya pada bidang sukan tersebut.

Turut dikeluarkan adalah kasut sneaker Air Jordan 6 “Slam Dunk”sebagai penghargaan kepada komik siri itu. Mereka beranggapan Slam Dunk telah banyak berjasa dalam memberi inspirasi kepada anak muda.

Lihat bagaimana hanya dengan satu komik mampu memberi impak sebegini??

.

Next! akan diulas komik Malaysia yang semakin mendapat tempat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s