Kenapa ‘Aku Pencari’

WomensLiberation

Feminisme.

Feminisme adalah salah satu rujukan saya dalam menghidupkan watak utama-Nana dalam karya Aku Pencari*tekan untukbaca-kualiti lukisan sedang diperbaiki. Feminisme yang saya fokuskan adalah dari segi hak berpakaian.

Aku Pencari, kisah mengenai seorang gadis paranoid yang bencikan lelaki, yang menganggap lelaki adalah manusia jahat yang mengambil kesempatan terhadap wanita menggunakan kelebihan yang ada. Saya cuba memahami dan meletakkan persoalan-persoalan yang sama.

1-cover
sebuah karya dakwah yang tidak mengajak berbuat
kebaikan tetapi mengajak berfikir

“Kenapa perempuan yang perlu jaga diri, kenapa tidak lelaki yang menjaga nafsu?”

“Wanita juga punya hak dalam berpakaian sebagaimana lelaki.”

Jika dibaca sekali imbas, menggunakan fitrah akal sememangnya logik kata-kata ini. Dan kemungkinan lelaki juga terkulat-kulat ingin memberi jawapan sekiranya dilontar persoalan ini. Adakah kita fikir dengan mengatakan ‘ini suruhan tuhan, kau siapa nak pertikaikan’ lalu wanita-wanita berhati keras ini akan tertunduk lalu akur.

Tidak sama sekali.

Ingatlah, tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan dalam keluarga baik-baik, diberi kefahaman. Lalu kita menghakimi mereka seolah-olah kita tuhan. Bukan mereka yang meminta untuk berada dan dibentuk sebegitu. Tiada manusia pun yang ingin menjadi jahat.

Bagi saya tiada masalah yang lebih besar dari masalah keluarga.

Sebesar mana pun masalah yang kita lalui sekurang-kurangnya kita boleh kembali pada keluarga

Tapi tidak bagi mereka

Mereka sendiri

Mengharapkan keluarga namun dari situlah puncanya

Lalu apa yang membuatkan arahan menutup aurat dalam Islam menjadikan ini langkah yang terbaik buat wanita? Bagaimana kita mahu meyakinkan mereka?

Dengan memberi kefahaman.

Dengan penerangan.

Bukan sekadar memaksa wanita itu bertudung secara sembrono.

Bagi yang sudah punya basic agama, mungkin boleh dan diberi kefahaman dari masa ke semasa.

 

“Sedarkah anda sedari kecil arahan menutup aurat sering terbit di bibir orang sekeliling. Sama ada dari pihak luar mahupun keluarga sendiri. Kadang-kadang kita sebagai wanita bosan dengar. Ya, saya tahu ni isu cliché.

Tapi kenapa masih ramai yang tak terkesan dengan suruhan tu?

Kerana ada sesetengah wanita yang kurang faham kenapa perlunya menutup aurat. Kenapa perlunya menjaga aurat. Kami disogok dengan arahan dan peringatan untuk menutup aurat tanpa tahu mengapa dan akibat. Kerana itu, ada sesetengah yang sudahpun menutup aurat tapi akhirnya gagal untuk menjaganya. Ada yang menegur secara menghina dan ada juga yang berlembut. Ingat Adam, apa yang kalian nampak dan fikir jauh berbeza dengan kebanyakan apa yang wanita lihat pada dirinya di pantulan cermin setiap pagi. Kalian sendiri tahu.

Benar ia ‘suruhan Allah’, tapi hanya berapa kerat wanita sahaja yang ilmunya sampai level untuk faham statement itu dan akur secara total. Dan bagaimana dengan wanita yang kurang didikan agama? Dia juga seorang wanita yang perlu dijaga. Dan anda kena faham, kami juga manusia. Yang ada personaliti masing-masing. Anda fikir mudah untuk menutup aurat? Sila fikir lebih lima puluh kali. Dalam dunia wanita yang boleh dikatakan sama level dengan lelaki ni. Bukan marah, sekadar memberitahu.

Maka, di sinilah perlunya diterangkan secara halus berdasarkan logik akal, berpandukan wahyu. Benar, Allah takkan menyuruh hambanya melakukan perkara yang sia-sia. Tapi Allah juga tak menciptakan akal untuk disiakan. Kerana pabila akal sudah sebenar-benar yakin, kau seolah sedang memegang akar ilmu yang paling kuat. Walau sekuat mana angin kencang bertiup akar tetap kukuh. Jadi di sini saya mengajak anda berfikir, di manakah logiknya Allah menyuruh wanita indah ciptaannya menutup aurat?”

 

coverpage

Namun yang lebih atas lagi, perlulah diingat, bukankah kita hanya hambanya?

Mustahil Allah akan meletakkan hukum syariat kerana ingin menzalimi hambanya

Kerana kita perlu pada guidelines sedemikianlah adanya hukum-hukum syariat

Pemikiran kita sebagai manusia terbatas, tak mampu fahami asbab dan akibat segala hukum

Namun tak cukupkah dengan kita sekadar yakin denganNya? 🙂

Yakin bahawasanya dia mengatur apa yang terbaik untuk kita?

 

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…(al-Nuur : 31)

Advertisements

2 thoughts on “Kenapa ‘Aku Pencari’

  1. Terima kasih atas peringatan kak. Moga Allah bersama akak. Saya akan setia stalk karya AKu Pencari dan peringatan akak yang lain =w=b

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s