Slam Dunk, komik yang berjaya mencetuskan fenomena dalam dunia nyata

 

Slam Dunk sebuah karya komik sukan diterbitkan sebanyak 31 judul dalam majalah Jepun โ€˜Weekly Shonen Jumpโ€™ pada awal tahun 1990. Menceritakan tentang seorang pemuda yang menyertai pasukan bola keranjang sekolah semata-mata kerana inginkan perhatian seorang gadis. Namun lama-kelamaan dia mula menyedari bakat semulajadinya dalam bidang sukan tersebut.

Slam Dunk telah terjual hampir 120 salinan, dilesenkan ke 17 buah negara dan diadaptasi sebagai sebuah rancangan bersiri di televisyen(anime). Versi Inggeris turut berjaya dilesenkan ke Amerika Utara ketika tahun 2002.

 

slam-dunk

 

“If you give up, the game is already over.” Kata-kata yang diambil dari salah satu babak dari komik Slam Dunk menjadi popular dalam kalangan pelatih sukan untuk memberi semangat kepada anak buah!

Hasil pengaruh manga ini, sukan bola keranjang secara tiba-tiba menjadi popular dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Juga menjadi penyebab mereka menonton rancangan NBA. Dikatakan perincian langkah demi langkah cara bermain bola keranjang yang dilakar oleh Inoue pada watak utama turut memberi pengaruh besar kepada pembaca.

Pada tahun 2007, penerbit Slam Dunk telah memperkenalkan biasiswa bagi pemain bola keranjang untuk menyambung pengajian mereka ke Amerika Syarikat. Dan pada tahun 2010, Inoue Takehiko-pelukis Slam Dunk mendapat penghargaan dari Japanese Basketball Association atas sumbangannya pada bidang sukan tersebut.

Turut dikeluarkan adalah kasut sneaker Air Jordan 6 “Slam Dunk”sebagai penghargaan kepada komik siri itu. Mereka beranggapan Slam Dunk telah banyak berjasa dalam memberi inspirasi kepada anak muda.

Lihat bagaimana hanya dengan satu komik mampu memberi impak sebegini??

.

Next! akan diulas komik Malaysia yang semakin mendapat tempat.

Dup dup, moga hati kau bergetar

Komik proposal(dalam bentuk sketch) untuk sebuah penulisan yang secara tidak langsung mempengaruhi matlamat hidup saya sekarang.

Hudpage1hudpage2hudpage3hudpage4hudpage5hudpage6hudpage7hudpage8hudpage9hudpage10

Tamat.

Bagaimana? Harapnya beroleh manfaat, insyaAllah ๐Ÿ™‚

Bukanlah saya bermaksud nak perlekehkan mereka yang mengaji agama. Namun inilah sebenarnya yang terjadi. Ada sesetengah dari kita diberi kelebihan untuk fahami agama namun terlupa ianya diiringi dengan tanggungjawab.

Tak semua orang tuhan bagi arif tentang agama

Dan kau adalah antara yang terpilih

Lalu kau bertindak bersembunyi di sebalik kerakusan dunia

Dengan alasan bimbang tidak thiqah dan agamamu tercemar

Jadi, jangan disalahkan sekiranya dunia ini pimpinan teratas adalah mereka yang jahil

Guru jahil

Ahli politik jahil

Ahli media jahil

Kepala teratas yang menerbitkan buku jahil

Ahli sains jahil

Pelopor terbesar kedai makan jahil

Pemilik firma arkitek jahil

Perdana menteri jahil

Lalu kau menggeleng sambil berkata, ‘Nilah pemimpin zaman sekarang, duit diguna sewenang-wenangnya, orang miskin bersepah! ingat dunia je! Macam mana umat nak maju?’

Ingat

Kita yang tidak berani mampir.

Ayuh kawan.

Kenapa ‘Aku Pencari’

WomensLiberation

Feminisme.

Feminisme adalah salah satu rujukan saya dalam menghidupkan watak utama-Nana dalam karya Aku Pencari*tekan untukbaca-kualiti lukisan sedang diperbaiki.ย Feminisme yang saya fokuskan adalah dari segi hak berpakaian.

Aku Pencari, kisah mengenai seorang gadis paranoid yang bencikan lelaki, yang menganggap lelaki adalah manusia jahat yang mengambil kesempatan terhadap wanita menggunakan kelebihan yang ada. Saya cuba memahami dan meletakkan persoalan-persoalan yang sama.

1-cover
sebuah karya dakwah yang tidak mengajak berbuat
kebaikan tetapi mengajak berfikir

โ€œKenapa perempuan yang perlu jaga diri, kenapa tidak lelaki yang menjaga nafsu?โ€

โ€œWanita juga punya hak dalam berpakaian sebagaimana lelaki.โ€

Jika dibaca sekali imbas, menggunakan fitrah akal sememangnya logik kata-kata ini. Dan kemungkinan lelaki juga terkulat-kulat ingin memberi jawapan sekiranya dilontar persoalan ini. Adakah kita fikir dengan mengatakan โ€˜ini suruhan tuhan, kau siapa nak pertikaikanโ€™ lalu wanita-wanita berhati keras ini akan tertunduk lalu akur.

Tidak sama sekali.

Ingatlah, tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan dalam keluarga baik-baik, diberi kefahaman. Lalu kita menghakimi mereka seolah-olah kita tuhan. Bukan mereka yang meminta untuk berada dan dibentuk sebegitu. Tiada manusia pun yang ingin menjadi jahat.

Bagi saya tiada masalah yang lebih besar dari masalah keluarga.

Sebesar mana pun masalah yang kita lalui sekurang-kurangnya kita boleh kembali pada keluarga

Tapi tidak bagi mereka

Mereka sendiri

Mengharapkan keluarga namun dari situlah puncanya

Lalu apa yang membuatkan arahan menutup aurat dalam Islam menjadikan ini langkah yang terbaik buat wanita? Bagaimana kita mahu meyakinkan mereka?

Dengan memberi kefahaman.

Dengan penerangan.

Bukan sekadar memaksa wanita itu bertudung secara sembrono.

Bagi yang sudah punya basic agama, mungkin boleh dan diberi kefahaman dari masa ke semasa.

 

โ€œSedarkah anda sedari kecil arahan menutup aurat sering terbit di bibir orang sekeliling. Sama ada dari pihak luar mahupun keluarga sendiri. Kadang-kadang kita sebagai wanita bosan dengar. Ya, saya tahu ni isu clichรฉ.

Tapi kenapa masih ramai yang tak terkesan dengan suruhan tu?

Kerana ada sesetengah wanita yang kurang faham kenapa perlunya menutup aurat. Kenapa perlunya menjaga aurat. Kami disogok dengan arahan dan peringatan untuk menutup aurat tanpa tahu mengapa dan akibat. Kerana itu, ada sesetengah yang sudahpun menutup aurat tapi akhirnya gagal untuk menjaganya. Ada yang menegur secara menghina dan ada juga yang berlembut. Ingat Adam, apa yang kalian nampak dan fikir jauh berbeza dengan kebanyakan apa yang wanita lihat pada dirinya di pantulan cermin setiap pagi. Kalian sendiri tahu.

Benar ia โ€˜suruhan Allahโ€™, tapi hanya berapa kerat wanita sahaja yang ilmunya sampai level untuk faham statement itu dan akur secara total. Dan bagaimana dengan wanita yang kurang didikan agama? Dia juga seorang wanita yang perlu dijaga. Dan anda kena faham, kami juga manusia. Yang ada personaliti masing-masing. Anda fikir mudah untuk menutup aurat? Sila fikir lebih lima puluh kali. Dalam dunia wanita yang boleh dikatakan sama level dengan lelaki ni. Bukan marah, sekadar memberitahu.

Maka, di sinilah perlunya diterangkan secara halus berdasarkan logik akal, berpandukan wahyu. Benar, Allah takkan menyuruh hambanya melakukan perkara yang sia-sia. Tapi Allah juga tak menciptakan akal untuk disiakan. Kerana pabila akal sudah sebenar-benar yakin, kau seolah sedang memegang akar ilmu yang paling kuat. Walau sekuat mana angin kencang bertiup akar tetap kukuh. Jadi di sini saya mengajak anda berfikir, di manakah logiknya Allah menyuruh wanita indah ciptaannya menutup aurat?”

 

coverpage

Namun yang lebih atas lagi, perlulah diingat, bukankah kita hanya hambanya?

Mustahil Allah akan meletakkan hukum syariat kerana ingin menzalimi hambanya

Kerana kita perlu pada guidelines sedemikianlah adanya hukum-hukum syariat

Pemikiran kita sebagai manusia terbatas, tak mampu fahami asbab dan akibat segala hukum

Namun tak cukupkah dengan kita sekadar yakin denganNya? ๐Ÿ™‚

Yakin bahawasanya dia mengatur apa yang terbaik untuk kita?

 

ูˆูŽู‚ูู„ู’ ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุงุชู ูŠูŽุบู’ุถูุถู’ู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑูู‡ูู†ู‘ูŽ ูˆูŽูŠูŽุญู’ููŽุธู’ู†ูŽ ููุฑููˆุฌูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูุจู’ุฏููŠู†ูŽ ุฒููŠู†ูŽุชูŽู‡ูู†ู‘ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุธูŽู‡ูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุถู’ุฑูุจู’ู†ูŽ ุจูุฎูู…ูุฑูู‡ูู†ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌููŠููˆุจูู‡ูู†ู‘ูŽ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan merekaย ย  dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanyaโ€ฆ(al-Nuur : 31)

Aku Pencari 04(episod baru)

-Sebuah karya dakwah yang tidak mengajak manusia berbuat baik, tetapi mengajak berfikir-

Sinopsis ringkas Aku Pencari, kisah gadis paranoid.

โ€˜Semua lelaki patut matiโ€™, itulah perkataan yang tersemat fikiran Nana sejak dia berumur 9 tahun di mana dia menjadi saksi bisu kepada perbuatan keji bapanya. Ianya ibarat seolah-olah kau sedang melihat ibu kau diperkosa, hanya sejengkal jarak kau dengan dia, mata kau terbuka tetapi kau tak mampu berbuat apa-apa. Kau hanya melihat. Mulut kau bisu. Namun, satu perkataan mula berlegar di benaknya. Yang bakal mengubah 360 darjah tanggapannya selama ini. Iaitu, Aurat.

Ringkasnya, Aku Pencari memutar kisah berkait dengan masalah keluarga, masalah sosial dan wanita yang disampaikan dalam bentuk santai.

Aku Pencari 04(sketch version tanpa toning, outline-untuk jaga hakcipta pengkarya)

Episod2 sebelum ini boleh dibaca diย Supreme Aku Pencari

Selamat membaca!

p/s: Tekan ctrl dan + (2kali) untuk pembacaan lebih umphh!

 

Untitled-1page1page2-Recoveredpage3-Recoveredpage4-Recoveredpage5-Recoveredpage6page7page8page9page10page11page12page13page14page15page16page17page18

Untuk sebarang update Aku Pencari boleh lawatiย Kawa

Terima kasih ๐Ÿ™‚